Lame tak dengar lagu yang merdu ni khusus tentang Nabi Muhammad s.a.w. kite…dinyanyikan oleh Sami Yusuf…huhuu
Rumah teres?
January 19th, 2010
admin Minggu lepas teman mak cik gi tengok umah baru die yang baru siap. Dapat la gak experience camne nak berhadapan ngan rumah baru hoho.
Balik tu terus bersemangat buat research cari rumah-rumah untuk dibeli….hehe. wink2 ^_^ Ingat nak cari umah teres dua tingkat yang baru2…(kat shah alam pon cam bes je mak iti hehe)…Tapi kene gi tgk dulu kot…Yang penting rumah tu mesti dikelilingi kemudahan-kemudahan asas…klinik, pasaraya, sekolah (hehe tok jangka pjg..), and kedai2 lain.
Byk persoalan yang perlu diambil kire. Nak beli rumah teres ke apartmen? Nak beli sekarang ke? Kalo beli, berbaloi ke bagi sewa kat org dulu? ingat nak bg sewa dulu…sebelum duduk…huhu org lain rasmi dulu…berbaloikah? mungkin…Financing rate pon kene survey gak ni…baru survey sikit2 je huhu..
Hmm…sume perkara tu bergantung kepada aku nye budget la jawabnye…serta area dan persekitaran rumah tersebut..pape pun kene la berpada2…huhu.
Handphone yang mana satu?
September 12th, 2009
admin Dah lame nak beli handphone baru… Sekarang ni just gune nokia 2610. Dah bercalar balar la plak…
And dulu takde kamera takpe…bukannye gune sgt..tp sekarang ni rase rugi kalo nampak suasana/aktiviti yang menarik tapi tak dapat tangkap gambar huhu…lagi satu nak yang boleh access internet…survey punye survey….ni antara handphone yang menarik hati…
1) Nokia 6600 Classic : Yang ni ade 3.2 megapixel camera, bluetooth, GPRS, WAP 2.0, FM radio and many other features
2) Nokia 6212 Classic : Yang ni plak gune 2 megapixel camera with flash and 8 x zoom (ok gak nie..), bluetooth, 3G, FM radio…
3) Nokia 3120 Classic : Yang ni simple je..gune 2 megapixel camera with flash, 3G, MP3 player, FM radio…
Aku suke nokia sebab dah biase ngan keypad die…so mane satu ek nak pilih? hmmm…
4 Golongan Manusia…
August 24th, 2009
admin Salam. Lame tak update blog ni huhu. Ok, entri kali ni sekadar nak mengingatkan diri yang lemah ini dan sesiape yang membace. Hari ni ade pegi kuliah kat surau (yang dinaiktarafkan jadi masjid) dekat ngan rumah aku…Ustaz Ahmad Yahya ade sentuh tentang tajuk ni. Ade empat golongan manusia yang dibahagikan, dari segi kecintaan Allah kepada dirinya, kecintaan makhluk di langit kepada diriya dan kecintaan makhluk di bumi kepada dirinya.
Golongan 1: Dicintai oleh Allah, dicintai oleh makhluk di langit (cth: malaikat) dan dicintai oleh makhluk di bumi (manusia, pokok, binatang dll.)
Tersentuh dengar satu kisah dari ustaz tu. Die kate ade kisah di mana ade seorang alim zaman dulu, die suke tiap-tiap hari kutip tulang-tulang dan diberi kepada anjing-anjing untuk dimakan. Pada masa die meninggal dunia, entah dari mana datang, beribu-ribu anjing datang seolah-olah memberi penghormatan kepada orang tersebut. Semua anjing-anjing tu duduk je berkerumun di situ sampai die dikuburkan. Sungguh mulianya orang itu…
Golongan 2: Dicintai oleh Allah, dicintai oleh makhluk di langit tetapi tidak diendahkan oleh makhluk di bumi.
Contohnya, orang yang membersihkan masjid dengan ikhlas. Die dicintai dan disayangi oleh Allah dan malaikat, tetapi manusia tidak berape nak pandang orang macam ni huhu. Tetapi, si dia ade tempat di sisi Allah…
Golongan 3: Dicintai oleh Allah, dicintai oleh makhluk di langit tetapi dibenci oleh makhluk di bumi.
Contohnya, Nabi Muhammad dibenci oleh ramai orang ketika menyampaikan dakwah. Tapi, Baginda tetap meneruskan dakwahnya seperti yang dikehendaki Allah.
Selawatlah kita sama-sama ke atas Nabi Muhammad tipa-tiap hari, syafaat Baginda amat-amatlah diharapkan.
Golongan 4: Dibenci oleh Allah, dibenci oleh makhluk di langit dan dibenci oleh makhluk di bumi…(mintak dijauhi…)
Kita tak nak jadi golongan yang seperti ini. Contohnya, orang yang mengamalkan ilmu hitam. Sesiape pun tak suke dan dimurkai Allah.
Itu saje yang saye dapat kongsikan di sini…moge kite sume dapat barakah dalam bulan Ramadhan yang mulia ini…=)
Annual Planning Conference (APC)…
July 12th, 2009
admin Tadi aku pegi APC kat Hotel Citrus, G8 (sempena nama gabungan 8 orang manager) buat…Basically conference tadi telah memberi suntikan semangat kepada aku untuk lebih berjaya yea~
Thanks to all the agency managers yang tak lokek untuk berkongsi pengalaman masing2. Motivasi dari ‘angah’ (tetamu jemputan yg perasan hensem haha..) pun tak kurang hebatnyer…
Pastu banyak aktiviti dan insentif yang diorang adakan sempena tahun kewangan yang baru ni. Best…Best…
Terujanye dengar..Antaranye boleh gi Port Dickson, Pulau Redang, Kota Bandung, Beijing, Perth, Bali, Moscow dan byk lagi la… Handphone, laptop dan brg elektrik pun leh dapat! Sume ni tentunye datang dengan terms and conditions la kan…
But of course sume ni tak bergune kalo aku tak bagi servis yang baik kepada klien aku…kan…
So, besok aku akan mule keje dgn semangat yang baru! yea go izza!~
Mi Kolok
June 21st, 2009
admin Tibe2 rase nak makan mi kolok…hehe. Teringat bulan april lepas aku ngan famili g kuching,sarawak. Kawan yg suggestkan cari mi kolok.. Lepas try, sedap jugak mi tu. Sebenarnye, lebih kurang je rasenye ngan mi yang lain. Cume mi die je lain sikit..sedap. Nak kate nipis, tak nipis sangat, nak kate tebal, tak tebal sangat. Macam yee mee, tapi macam bukan je sebab yee mee kuning sangat. Mi die tak kuning sangat. Ntah la…
Sebenarnye, mase kat kuching tu, 3 kali aku makan mi kolok haha. Sampai famili aku kate, “along ni, tak habis2 mi kolok…” hehe…
Mase mule2 kawan bagitau suruh try tu, excited gile nak try. Sampai je kat Kuching Waterfront, terus mintak kat satu kedai kat situ “bang, nak mi kolok satu“. Pastu, die kate, “nak yang basah ke yang goreng?” Pulak dah, ade banyak pilihan la pulak…”err, yang sup la“. “Yang sup dah abis la dik“. Kalau macam tu baik tak yah tanye…”bagi yang goreng la“.

Tu yang next time tu nak try mi kolok sup pulak. Lepas dah try dua2 jenis mi kolok tu, aku still lagi nak makan. Boleh tak? hahaha. Makan kat kedai lain, saje la nak cube kan…Fuh, yang ketige tu la aku rase yang paling sedap! Errp…Alhamdullilah…

Tiga2 waktu tu, aku makan mi kolok style lain2. First, aku makan mi kolok goreng. Kedua, makan mi kolok sup. Ketiga tu, style die lain sikit. Die asingkan mi, sup dan sambal pedas. Makan mi dulu baru makan sup. Sedap…=)

Nape teringat mi kolok ek? Hehe…
Beritahu penyakit yang anda pernah alami
June 5th, 2009
admin Saya ada dapat klien hari ni. Die seorang lelaki berumur 50 tahun. Selalunya pada umur ini, seseorang itu mungkin pernah masuk hospital disebabkan menghidapi sesuatu penyakit. Antara soalan yang saya tanya “Ada sakit apa2 tak sebelum ni?” Dia jawab “Tidak ada”.
Tapi, dia banyak menekankan tentang manfaat penyakit kritikal. Lalu saya menerangkan tentang kepentingan memberitahu agen apa-apa penyakit yang pernah dihidapi. Seperti yang disangka, dia pun memberitahu, “Oh, saya ada kena darah tinggi beberapa bulan lepas..” (lebih kurang macam tu la dia jawab).
Sebenarnya, jika seseorang tu pernah menghidapi penyakit serius, dia perlu memberitahu agen dia tentang penyakit tersebut. Contoh, jika dia tidak beritahu kepada agen dia yang dia pernah disahkan oleh doktor mengalami tekanan darah tinggi, dan tiba-tiba nak claim (tuntut) untuk penyakit yang sama tersebut, alamatnya tak dapat la…
Jika anda ada mengalami sesuatu penyakit sebelum ni, jangan takut untuk beritahu agen. Dalam kes Etiqa Takaful, anda dinasihatkan apply je dulu takaful (insurans), agen yang baik akan declare penyakit anda tersebut dalam proposal form, dan pihak Etiqa Takaful akan hantar wakil perubatan untuk buat medical check up terhadap anda (It’s free! ). Dan keputusan akan dibuat selepas itu, sama ada nak cover penyakit tersebut atau tidak…
Itulah serba sedikit maklumat yang boleh dikongsi.
Maka, simpanlah di dalam dana takaful sementara anda masih sihat. Untuk persediaan jika anda sakit…
Anda sediakan payung selepas atau sebelum hujan?…
HERO
June 1st, 2009
admin Suke dengar lagu ni (Hero by Mariah Carey).
Memotivasikan diri. Jom dengar sesame =)
Teringat mase belajar dulu, ade main satu game ni, tak ingat lak game ape. Tapi dendanye, kalo tak dapat jawab kene nyanyi huhu. Nak dijadikan cite, aku kene denda… Nasib baik teringat lagu ni, aku pun nyanyi la. Nasib baik xde dak laki hee.. kalo tidak, sure cair diorang haha…perasan ;p
Buku Pengurusan Kewangan
May 27th, 2009
admin Hari ni dapat emel daripada seorang usahawan internet, Shamsuryadi tentang satu ebook baru tentang pengurusan kewangan. Macam best je tajuknye. “Teknik Manipulasi Sistem Kewangan di Malaysia”. Aku memang suke bace buku-buku bab perancangan kewangan ni.
So, aku ingat nak beli la buku ni. Walaupun 80 ringgit, tapi aku rase berbaloi kot. Sebab aku bace emel tu die kate buku ni telah menyebabkan pihak bank bengang sebab kelemahan sistem diorang dibongkar.
Aku takde lagi amik financing umah, kereta dan kad kredit. Dan aku memang mencari buku yang semacam itu utk dibace sebelum amik ape2 financing pun.
So, nanti nak gi bank in duit ke akaun penerbit die la. Lalalala
Thank u pakcikdot!
May 6th, 2009
admin
Posted in





