Archive for February, 2009

Serahkan pada yang pakar…

Pagi tadi hantar seluar ke kedai jahit untuk dipendekkan..alter sikit. Ini adalah lebih kurang perbualan aku dan tukang-tukang jahit di kedai tu…

Aku : Pak cik, nak alter seluar. Nak pendekkan…

Tukang Jahit 1 : Ade letak tanda?

Aku : Ade. Saye letak jarum peniti kat dua2 belah ni.

Tukang Jahit 2 : Takpe sebelah je, lagi satu tu tarik.

Aku : Oh..ermm…tapi yang belah kanan ni panjang sikit sebab tu saye tande. Nanti tak same (nak ikut gak care aku huhu).

Tukang Jahit 1 : Takpe, boleh…

Aku : Ermm…

Tukang Jahit 2 : Meh sini…nanti saya samakan kat atas ni… pastu saya potong dua2 belah sekali ikut tande awak tu. Paham?

Aku : …okeh..bile bole siap?

Tukang Jahit 2 : Petang nanti.

Aku : Ok nanti saya amik. (Ikut je la cara pak cik, asalkan seluar saya siap…hee)

Dah amik pun, cantik3x. Terima kasih pakcik!  (pakcik tukang jahit 2 yang jahit). Kesimpulannye, percayalah kate2 seseorang yg pakar. Kadang2 kita rase die tak paham ape yang kite nak, padahal die lebih dari paham hehe. Biasela tu, background kite berbeza pakcik2 oi… Pakcik2 dah lame menjahit…mesti diorang dah tak larat nak layan pelanggan yang macam aku nih huhu.

(Tapi, ade gak kes lepas dibagitau macam mane nak jahit, lain pulak jadinye bile dah siap…tapi, tu tukang jahit lain la hehe)

Share/Save/Bookmark

Majlis pertunangan Amira 22/2/09

Ahad lepas baru je pegi majlis tunang Nurul Amira. Die ni kawan sejak dari bangku sekolah menengah lagi. Hush…gempak gila majlis die. Macam nak kawen. Kawen nanti mesti lagi gempak. Hehe. Amin. Hah bile saya punye turn? Huhu itu tak dapat dikenalpasti…;p

Share/Save/Bookmark

Banyak lagi yang perlu dipelajari

Lama jugak nak belajar buat blog ni. Ini pun baru buat yang asas-asas je ni. Tu pun terkontang-kanting nak buat huhu. Nasib baik ade sifu yang bijaksana dalam bab-bab blogging ni (kalo die ngaku aku ni anak murid die la hehee ~ ). Sape lagi kalo bukan saudara Mohd Zulfadli aka Smartzul. Terima kasih sifu!

Terima kasih juga kepada saudara Anwar Yassin kerana banyak yang telah saya pelajari daripada ebooknya Panduan 13 Cara Pendapatan Internet. Tak lupe juga kepada usahawan-usahawan internet dan bloggers yang lain yang secara tidak langsung memberi tunjuk ajar and inspirasi kepada saya untuk menyiapkan dan mengemaskini blog ni.

Arigato gozaimas!

Ok la, cukup sampai di sini dulu. Nanti sambung lagi…adios  =)

Share/Save/Bookmark