Archive for the ‘Kewangan’ Category

Rumah teres?

Minggu lepas teman mak cik gi tengok umah baru die yang baru siap. Dapat la gak experience camne nak berhadapan ngan rumah baru hoho.

Balik tu terus bersemangat buat research cari rumah-rumah untuk dibeli….hehe. wink2 ^_^ Ingat nak cari umah teres dua tingkat yang baru2…(kat shah alam pon cam bes je mak iti hehe)…Tapi kene gi tgk dulu kot…Yang penting rumah tu mesti dikelilingi kemudahan-kemudahan asas…klinik, pasaraya, sekolah (hehe tok jangka pjg..), and kedai2 lain.

Byk persoalan yang perlu diambil kire. Nak beli rumah teres ke apartmen? Nak beli sekarang ke? Kalo beli, berbaloi ke bagi sewa kat org dulu? ingat nak bg sewa dulu…sebelum duduk…huhu org lain rasmi dulu…berbaloikah? mungkin…Financing rate pon kene survey gak ni…baru survey sikit2 je huhu..

Hmm…sume perkara tu bergantung kepada aku nye budget la jawabnye…serta area dan persekitaran rumah tersebut..pape pun kene la berpada2…huhu.

Share/Save/Bookmark

Handphone yang mana satu?

Dah lame nak beli handphone baru… Sekarang ni just gune nokia 2610. Dah bercalar balar la plak…

And dulu takde kamera takpe…bukannye gune sgt..tp sekarang ni rase rugi kalo nampak suasana/aktiviti yang menarik tapi tak dapat tangkap gambar huhu…lagi satu nak yang boleh access internet…survey punye survey….ni antara handphone yang menarik hati…

1) Nokia 6600 Classic : Yang ni ade 3.2 megapixel camera, bluetooth, GPRS, WAP 2.0, FM radio and many other features

2) Nokia 6212 Classic : Yang ni plak gune 2 megapixel camera with flash and 8 x zoom (ok gak nie..), bluetooth, 3G, FM radio…

3) Nokia 3120 Classic : Yang ni simple je..gune 2 megapixel camera with flash, 3G, MP3 player, FM radio…

Aku suke nokia sebab dah biase ngan keypad die…so mane satu ek nak pilih? hmmm…

Share/Save/Bookmark

Buku Pengurusan Kewangan

Hari ni dapat emel daripada seorang usahawan internet, Shamsuryadi tentang satu ebook baru tentang pengurusan kewangan. Macam best je tajuknye. “Teknik Manipulasi Sistem Kewangan di Malaysia”. Aku memang suke bace buku-buku bab perancangan kewangan ni.

So, aku ingat nak beli la buku ni. Walaupun 80 ringgit, tapi aku rase berbaloi kot. Sebab aku bace emel tu die kate buku ni telah menyebabkan pihak bank bengang sebab kelemahan sistem diorang dibongkar.

Aku takde lagi amik financing umah, kereta dan kad kredit. Dan aku memang mencari buku yang semacam itu utk dibace sebelum amik ape2 financing pun.

So, nanti nak gi bank in duit ke akaun penerbit die la. Lalalala

Share/Save/Bookmark