Mi Kolok

Tibe2 rase nak makan mi kolok…hehe. Teringat bulan april lepas aku ngan famili g kuching,sarawak. Kawan yg suggestkan cari mi kolok.. Lepas try, sedap jugak mi tu. Sebenarnye, lebih kurang je rasenye ngan mi yang lain. Cume mi die je lain sikit..sedap. Nak kate nipis, tak nipis sangat, nak kate tebal, tak tebal sangat. Macam yee mee, tapi macam bukan je sebab yee mee kuning sangat. Mi die tak kuning sangat. Ntah la…

Sebenarnye, mase kat kuching tu, 3 kali aku makan mi kolok haha. Sampai famili aku kate, “along ni, tak habis2 mi kolok…” hehe…

Mase mule2 kawan bagitau suruh try tu, excited gile nak try. Sampai je kat Kuching Waterfront, terus mintak kat satu kedai kat situ “bang, nak mi kolok satu“. Pastu, die kate, “nak yang basah ke yang goreng?” Pulak dah, ade banyak pilihan la pulak…”err, yang sup la“. “Yang sup dah abis la dik“. Kalau macam tu baik tak yah tanye…”bagi yang goreng la“.

Tu yang next time tu nak try mi kolok sup pulak. Lepas dah try dua2 jenis mi kolok tu, aku still lagi nak makan. Boleh tak? hahaha. Makan kat kedai lain, saje la nak cube kan…Fuh, yang ketige tu la aku rase yang paling sedap! Errp…Alhamdullilah…

Tiga2 waktu tu, aku makan mi kolok style lain2. First, aku makan mi kolok goreng. Kedua, makan mi kolok sup. Ketiga tu, style die lain sikit. Die asingkan mi, sup dan sambal pedas. Makan mi dulu baru makan sup. Sedap…=)

Nape teringat mi kolok ek? Hehe…

Share/Save/Bookmark

HERO

Suke dengar lagu ni (Hero by Mariah Carey).
Memotivasikan diri. Jom dengar sesame =)

Teringat mase belajar dulu, ade main satu game ni, tak ingat lak game ape. Tapi dendanye, kalo tak dapat jawab kene nyanyi huhu. Nak dijadikan cite, aku kene denda… Nasib baik teringat lagu ni, aku pun nyanyi la. Nasib baik xde dak laki hee.. kalo tidak, sure cair diorang haha…perasan ;p

Share/Save/Bookmark

Buku Pengurusan Kewangan

Hari ni dapat emel daripada seorang usahawan internet, Shamsuryadi tentang satu ebook baru tentang pengurusan kewangan. Macam best je tajuknye. “Teknik Manipulasi Sistem Kewangan di Malaysia”. Aku memang suke bace buku-buku bab perancangan kewangan ni.

So, aku ingat nak beli la buku ni. Walaupun 80 ringgit, tapi aku rase berbaloi kot. Sebab aku bace emel tu die kate buku ni telah menyebabkan pihak bank bengang sebab kelemahan sistem diorang dibongkar.

Aku takde lagi amik financing umah, kereta dan kad kredit. Dan aku memang mencari buku yang semacam itu utk dibace sebelum amik ape2 financing pun.

So, nanti nak gi bank in duit ke akaun penerbit die la. Lalalala

Share/Save/Bookmark

Thank u pakcikdot!

Terima kasih pakcikdot kerana anugerah yang saya tak sangka2 akan dapat ini. Selamat berkenalan! Hehe skema kejap…;p

Share/Save/Bookmark

Updating…

Lamenye takde entri baru. Lepas ni kene update at least 1 kali seminggu nih hehe…

Share/Save/Bookmark

Serahkan pada yang pakar…

Pagi tadi hantar seluar ke kedai jahit untuk dipendekkan..alter sikit. Ini adalah lebih kurang perbualan aku dan tukang-tukang jahit di kedai tu…

Aku : Pak cik, nak alter seluar. Nak pendekkan…

Tukang Jahit 1 : Ade letak tanda?

Aku : Ade. Saye letak jarum peniti kat dua2 belah ni.

Tukang Jahit 2 : Takpe sebelah je, lagi satu tu tarik.

Aku : Oh..ermm…tapi yang belah kanan ni panjang sikit sebab tu saye tande. Nanti tak same (nak ikut gak care aku huhu).

Tukang Jahit 1 : Takpe, boleh…

Aku : Ermm…

Tukang Jahit 2 : Meh sini…nanti saya samakan kat atas ni… pastu saya potong dua2 belah sekali ikut tande awak tu. Paham?

Aku : …okeh..bile bole siap?

Tukang Jahit 2 : Petang nanti.

Aku : Ok nanti saya amik. (Ikut je la cara pak cik, asalkan seluar saya siap…hee)

Dah amik pun, cantik3x. Terima kasih pakcik!  (pakcik tukang jahit 2 yang jahit). Kesimpulannye, percayalah kate2 seseorang yg pakar. Kadang2 kita rase die tak paham ape yang kite nak, padahal die lebih dari paham hehe. Biasela tu, background kite berbeza pakcik2 oi… Pakcik2 dah lame menjahit…mesti diorang dah tak larat nak layan pelanggan yang macam aku nih huhu.

(Tapi, ade gak kes lepas dibagitau macam mane nak jahit, lain pulak jadinye bile dah siap…tapi, tu tukang jahit lain la hehe)

Share/Save/Bookmark

Majlis pertunangan Amira 22/2/09

Ahad lepas baru je pegi majlis tunang Nurul Amira. Die ni kawan sejak dari bangku sekolah menengah lagi. Hush…gempak gila majlis die. Macam nak kawen. Kawen nanti mesti lagi gempak. Hehe. Amin. Hah bile saya punye turn? Huhu itu tak dapat dikenalpasti…;p

Share/Save/Bookmark

Banyak lagi yang perlu dipelajari

Lama jugak nak belajar buat blog ni. Ini pun baru buat yang asas-asas je ni. Tu pun terkontang-kanting nak buat huhu. Nasib baik ade sifu yang bijaksana dalam bab-bab blogging ni (kalo die ngaku aku ni anak murid die la hehee ~ ). Sape lagi kalo bukan saudara Mohd Zulfadli aka Smartzul. Terima kasih sifu!

Terima kasih juga kepada saudara Anwar Yassin kerana banyak yang telah saya pelajari daripada ebooknya Panduan 13 Cara Pendapatan Internet. Tak lupe juga kepada usahawan-usahawan internet dan bloggers yang lain yang secara tidak langsung memberi tunjuk ajar and inspirasi kepada saya untuk menyiapkan dan mengemaskini blog ni.

Arigato gozaimas!

Ok la, cukup sampai di sini dulu. Nanti sambung lagi…adios  =)

Share/Save/Bookmark